SEK.REN.AGAMA BANDAR TUN RAZAK CHERAS KUALA LUMPUR

Kearah melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa

Sabtu, Mei 08, 2010

KHATAM DAN ANUGERAH CEMERLANG 2009










di 12:56 PG Tiada ulasan:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Lencana SRABTR

Lencana SRABTR
SRA Bandar Razak

Sebarang cadangan dan komen sila Emailkan kealamat ini

sra.bdrtunrazak@gmail.com
shuhaimi70@gmail.com

VISI SRABTR


MELAHIRKAN GENERASI YANG CELIK AL-QURAN DAN JAWI

MEMBENTUK GENERASI BERILMU, BERIMAN,BERAMAL DAN BERTAQWA

MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG DALAM
AKEDEMIK DAN SYAHSIAH

ORGANISASI PENTADBIRAN SRABTR 2010

Guru Besar
Us.Mohd Shuhaimi B Soib

Penolong Kanan 1
Ustzh.Haniza Bt Ahmad

Penolong Kanan HEM
Ustzh.Fudzzlawati Bt Hj Zakaria

Setiausaha Peperiksaan (SUP)
Ustzh.Yusnita Bt Jalius

Biro Pengurusan Data
Us.Mohammad Yusuf B.Jaafar

Biro Displin dan Pengawas
Us.Khairool Nizam B Kamarudin

Biro Buku Teks dan SPBT
Ustzh.Ruzina Anita Bt Harun

Biro Kebersihan dan Keceriaan
Ustzh.Rosliza Abd Rahman

Biro Koperasi
Ustzh.Norhafizah bt Ibrahim

Biro ICT
Us.Ahmad Hafizz B Hamidi

Biro Aktiviti dan Ko-Kurikulum
Ustzh.Rosmawati Bt Ramli
Us.Wan Izani B Wan Hassan

Biro Kebajikan
Ustazh.Sahara Bt Ismail
Ustazh.Hanipah Surip

AHLI LEMBAGA PENGELOLA SRABTR

PENGERUSI
Tuan Hj Othman b Zakaria (PJK)

TIMB.PENGERUSI
Tuan Hj Ahmad b.Mohd

Setiausaha
Mohd Shuhaimi b.Soib

Bendahari
Rosmawati bt Ramli

Ahli Jawatankuasa
En Yatim b.Hitam
En.Aziz b.Kassim
Tn.Hj Said b Sujak

Alamat sekolah

SRABTR Lrg Mewah 14 Bdr Tun Razak 56000 Cheras Kuala Lumpur Tel:03-91721576 fax 03-91721576
Lihat profil lengkap saya

Guru Besar

Guru Besar
Ustaz Mohd Shuhaimi Soib,beliau mula berkhidmat disini bermula 2 Januari 2006

Arkib Blog

  • ▼  2010 (6)
    • ►  Julai (4)
    • ▼  Mei (1)
      • KHATAM DAN ANUGERAH CEMERLANG 2009
    • ►  Januari (1)
  • ►  2009 (13)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Julai (11)
    • ►  Jun (1)

PERUTUSAN GURU BESAR SEMPENA HARI GURU 2009


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakuth,Alhamdulliah Syukur kehadrat Allah swt kita masih dipanjangkan umur oleh Allah swt.dan dikurniakan nikmat iman dan islam yang merupakan nikmat yang paling berharga untuk kita Bersempena hari guru tahun 2009 ini Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, semoga sentiasa besabar dengan pelbagai karenah pelajar. Guru-guru sekelian !Hari Guru diadakan bagi memperingati kita akan peranan yang dimainkan oleh guru dan pendidik dalam membentuk budaya, tamadun dan keilmuan bangsa kita. Sama ada bangsa kita maju atau mundur banyak bergantung kepada masyarakat guru ,Walaupun ibu bapa juga memainkan peranan, tetapi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang membentuk peribadi dan sifat-sifat anak adalah terhad. Tetapi Akhirnya gurulah yang menentukan karektor dan kebolehan anak yang bakal menjadi warganegara, bahkan bangsa keseluruhannya.Saudara dan saudari sekelian, Tidak akan berjaya sesiapa memindahkan budaya dan ilmu kepada orang lain jika ianya sendiri tidak memiliki keupayaan yang diperlukan. Mungkin ada guru yang dilahir dengan sifat-sifat keguruan. Tetapi di zaman ini keperluan pendidikan yang berwibawa sangat2 diperlukan dalam menghadapi zaman yang penuh dengan kecelaruan minda,disebabkan kepelbagaian unsur yang mempengaruhi minda pelajar,oleh itu guru seharusnya mencari sesuatu yang lebih efektif guru perlu mendalami ilmu yang diajar dan guru seharusnya mencari dan menguasai kaedah untuk tackle pelajar agar segala pengajaran yang disampaikan dapat disemat didalam dada dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan mereka. guru-guru sekelian… Kita tidak boleh berharap semata-mata kepada bakat semula jadi yang ada pada kita,Kita perlu berusaha untuk menguasai ilmu berkaitan dengan bidang kita ini,dengan banyak membaca,banyak bertanya dan bersedia mengikuti segala program yang dianjurkan dalam mempertingkatkan kualiti sekiranya kita ingin melihat pelajar kita Berjaya sekiranya kita lemah dan tidak dapat menguasai kaedah pengajaran yang berkesan maka jelas kita mempunyai, budaya dan keilmuan guru rendah, murid-murid juga rendah maka warganegara yang kita bentuk juga akan berkualiti rendah. Justeru itu, ternampak jelas kaitan yang rapat di antara kemajuan bangsa dengan diri kita. guru-guru sekelian Guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai- nilai hidup yang dipegang olehnya dan budaya yang diterima olehnya.Saudara warga pendidik sekelian Murid-murid yang diserahkan kepada guru berada dalam umur yang mudah menerima ajaran dan mudah dibentuk pemikiran mereka. Telah diperhatikan jika disemai sesuatu nilai atau kepercayaan kepada murid-murid ini, maka nilai ini tidak akan mudah dipisahkan daripada mereka atau ditukarkan dengan yang lain sepanjang hayat mereka. Demikian apabila seseorang murid diajar menolak sesuatu, walaupun tidak ada sebab yang diberikan kepadanya, penolakan olehnya akan diteruskan sehingga ia membesar dan sehingga meninggal dunia. Sudah tentu jika nilai-nilai yang mulia disemai oleh guru semasa di sekolah, maka murid akan berpegang teguh kepada nilai-nilai ini juga sepanjang hayatnya. Jika guru-guru di sini menyemai nilai-nilai dan budaya yang sesuai dengan masyarakat yang bermaruah, yang yakin kepada diri sendiri, yang suka mengejar kejayaan, maka sudah tentu bangsa dan masyarakat berkenaan akan mencapai kemajuan dan mendirikan tamadun yang tinggi. saya amat berharap kita semua sebagai guru menginsafi dan menghayati betapa pentingnya kita dalam membangunkan budaya bangsa kita dalam menuju mercu kegemilangan agama dan bangsa kita. Ini jelas betapa berat dan pentingnya guru dalam melahirkan generasi yang berwibawa dan bermaruah dan juga jelas maju mundur sesebuah Negara juga bermula dari seorang guru oleh itu jasa guru seharusnya kita ingat dan kenang sampai bila-bila mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru kita diberkati dan diredhai.dan akhirnya dengan lafaz bissmillahirahmanirahim saya merasmikan majlis sambutan hari guru peringkat SRABTR 2009. wassalamualikum waramatullahiwabarakatuh



Cari Blog Ini

RENUNGAN

"Jadilah Engkau didunia ini,seolah-olah orang yang merantau atau bermusafir,jika engkau berada diwaktu petang,janganlah engkau menunggu untuk waktu pagi,dan jika engkau berada pada waktu pagi jangan engkau menunggu waktu petang,dan pergunakanlah waktu sihat mu sebelum waktu sakit dan pergunakanlah waktu hidupmu sebelum kamu mati"
(Maksud Hadis)

Kenangan Semasa majlis Khatam Al-Quran Perdana 2008

Kenangan Semasa majlis Khatam Al-Quran Perdana 2008
Guru Besar dua dari kiri bersama rakan urusetia program

Langgan

Catatan
Atom
Catatan
Semua Ulasan
Atom
Semua Ulasan

rujukkan

  • sifu

Laman yang perlu dijenguk

  • Mohd Shuhaimi Soib
  • berita harian online
  • Harakahdaily
  • utusan malaysia online
  • JAWI
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.