Rabu, Julai 21, 2010

AMANAHKAH KITA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB?

Amanah dari bahasa arab yang bermakna sama dengan kata iman. Secara istilah, amanah merupakan sesuatu yang ditanggunjawabkan, dibebankan, ditimpakan atau dipercayakan kepada suatu orang. Di sini saya mengambil kata dibebankan dan ditimpakan, berarti amanah itu bukan perkara yang mudah pandangannya dalam Islam. Sabda Rasulullah saw:

"Tidak Beriman pada orang yang tidak ada amanah dalam dirinya, dan tidak ada agama pada orang yang tidak bisa memelihara janjinya" (Riwayat Ahmad).

Pelik bila dibayangkan seseorang itu dikatakan tidak ada agama dalam dirinya. Padahal agama adalah sesuatu yang menjadi landasan dan cerminan hukum bagi seseorang. tak punya pegangan dan juga bererti tdak mempunyai arah hidupnya.

Sebagai manusia, hidup tentu tak pernah lepas dari amanah. Sejak mula manusia diciptakan manusia memang diberikan oleh Allah kepercayaan oleh Allah sebagai pemimpin. Bagaimana kepememimpinan yang baik?

Manusia sedari awal sudah dipikulkan dengan Amanah.maka sudah tentu amanah itu seolah-olah menjadi sebahabagian tubuh manusia itu sendiri sebagaimana Firman Allah dalam surah Al Ahzab{33}: 72

"Sesungguhnya, Kami telah menawarkan amanah (tugas-tugas) kepada langit, bumi, dan gunung-gunang. Mereka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatiri akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."
Perkataan amat zalim dan amat bodoh tersebut ditujukan kepada mereka yang tidak menjalankan amanah dengan baik.

Tidak ada manusia yang semuanya sempurna tidak ada manusia yang tidak pernah lakukan kesilapan,tetapi apalah ertinya jadi manusia yang mempunyai akal kalau kita terus membiarkan diri kita hidup dalam kealpaan dan kesilapan tanpa usaha untuk membaikinya.maka dengan itu seharusnya cuba memperbaikinya dengan apa cara sekalipun demi untuk mendapat mardhotillah

Seiring dengan pekembangan zaman,adalah terlalu sukar mencari orang yang amanah. Namun apakah dengan hanya merungut dan mengeluh dalam hal tersebut akan menyelesaikan masalah? Apa yang seharusnya kita lakukan?

1. Bekalkanlah diri dengan ilmu agama yang secukupnya,dengan demikian Anda akan berfikir dahulu sebelum bertndak membuat sesuatu.

2. Banyakanlah Zikirullah atau mengingati Allah. Jika kita ingat Allah, maka Allah juga akan ingat kita dan insyaallah Allah akan membuka jalan rahmat untuk kita

3. Menjadikan diri role model atau contoh yang baik dan Amanah, Bila kita memegang peranan penting dalam suatu Komiti atau organisasi, jadikan diri kita sebagai teladan dengan berbuat baik dan mengambil berat terhadap orang dibawah.

4. Tegakkan hukum secara adil. Bila kita sebagai pemimpin, tidak memilih bulu, jabatan , dan apapun yang disandangnya maka disitulah diberlakukan hukum yang sama.

5. Banyak-banyaklah mengingat dosa dan kesalahan kita akan membuat enggan menambah dosa dengan tidak amanah.

Jika sebuah masyarakat dan Negara telah mengabaikan sikap amanah, tunggulah saat-saat kehancuranya. Mudah-mudahan kita semua sebagai pemimpin yang dipikulkan dengan pelbagai amanah dapat melaksanakan dengan sebaiknya.Wassalam

Sabtu, Julai 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 16 MEI 2010



Persembahan Guru  nyayian lagu GURU PEMBINA NEGARA BANGSA DAN KAMI GURU MALAYSIA


Persembahan Pelajar tahun 6
Ucapan Wakil Pelajar Mohd Naim
 Amboi! ustazah seronoknya lambung belon berair hati-hati nanti pecah.


 Semangatnya ustazah-ustazah kita dalam acara bowling padang

 ha.. ini dia hakim yang profesional semua acara  dia jadi hakim itulah Ustaz Yusuff Jaafar





 HEI....MASAMNYA
 
 HAI MANA NAK DISUAPNYA?

BISSMILLAH TAK TU?





ACARA DAN AKTIVITI SEMPENA MAULIDIL RASUL



Pertandingan Puzzel

SAMBUTAN MAULIDIRASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010/1432H



Sabtu, Januari 23, 2010

BUAT GURU KU

 AKAUNTABILITI KEGURUAN

1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti


Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.


3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.


Akauntabiliti guru terhadap


: 3.1  Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri


Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.


3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.


3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .


3.5 Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.


4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.


Rujukan Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi

Ahad, Oktober 11, 2009

GERAK KHAS THE EXAM 2009

< Ustazah Yusnita Jalius

Apabila hampirnya hari peperiksaan UPSRA dan UPKK bagi sekolah-sekolah Rendah Agama di Wilayah Persekutuan maka sibuklah para guru mengadakan pelbagai aktiviti yang berbentuk motivasi dan seminar kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan demi ingin melihat anak didik mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Bagi memacu kejayaan pelajar,SRA Bandar Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kemerlangan tersebut.melalui ilham Setiausaha peperiksaan Sekolah Ustazah Yusnita bt Jalius sekolah telah menganjurkan program GERAK KHAS THE EXAM 2009 pada 12 dan 13 september yang lalu dengan melibatkan semua pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSRA dan UPKK dalam bulan oktober nanti.

Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak termasuk guru,ibu-bapa dan pihak surau hidayatul Islamiyah Bdar Tun Razak program telah dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Diantara pengisian program tersebut ialah latihan dalam kumpulan,latih tubi ,hafazan, kuiz dan perbincangan kelompok pada pelajaran –pelajaran yang dianggap kritikal yang sukar dikuasai pelajar seperti pelajaran tajwid,sirah dan bahasa arab.disamping program bacaan yasin ,mohon restu guru dan ibu bapa serta munajat pada malamnya.

Adalah sangat diharapkan atas usaha murni yang dilaksanakan oleh para guru dalam usaha meningkatkan kemerlangan pelajar dan sekolah ini mendapat rahmat dari allah serta diberikan kejayaan amin ya robbal alamin.

Khamis, Julai 30, 2009

BEKAS IMAM MASJID NEGARA MENIGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Ahmad Shahrir Daud meninggal dunia semalam dan selamat dikebumikan di Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Aishah Alkharib Shah berkata allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.30 petang semalam di Kubang Kerian akibat barah usus.

Ahmad Shahrir pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Jakim."Seluruh warga Jakim mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat," kata Aishah. - Bernama

Ahad, Julai 26, 2009

ADAB-ADAB BELAJAR

Adab adalah kesopanan, tingkah laku yang pantas dan baik , kehalusan budi bahasa, tata susila, dan sopan santun . Bentuk jamaknya adalah al-adab. Kata ini sudah dikenal sebelum datangnya Islam, kira-kira 150 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sejak zaman itu pengertian adab telah mengalami perkembangan.

Pada masa permulaan Islam kata adab selain berarti akhlak yang baik, juga berarti pengajaran dan pendidikan yang baik seperti terlihat dalam ungkapan Nabi SAW : “ Addabani rabbi fa ahsana ta’dibi “ ( Tuhanku telah mendidiku dengan sebaik-baiknya pendidikan).

Adab itu mempunyai dua tingkatan :
(1) adab khidmah, yaitu fana dari memandang ibadahnya dan memandang ibadah yang diperbuatnya hanya semata dengan izin dan anugerah Allah SWT kepadanya.
(2) Adab ahli hadrat al-uluhiyyah bagi ahli qurb (orang-orang yang dekat dengan Tuhan), yaitu adab yang mereka lakukan adalah mengikuti adab Rasulullah SAW zahir dan batin.

Adab Belajar
1. Niat belajar untuk mencari keredhaan Allah
2. Membaca doa ketika hendak memulakan pembelajaran 
3.Berikan penuh perhatian, tumpuan, dan tidak main-main semasa belajar
4. Tidak membuat bising semasa guru mengajar
5. Fokuskan dan tumpukan pendengaran dan penglihatan pada pelajaran
6. Mengulang-ulang pelajaran yang telah diajar dan diterangkan oleh guru
7. Selalu menyiapkan tugas atau kerja rumah (home work) yang diberikan oleh guru
8. Bertanya kepada guru jika ada perkara yang tidak difahami.

Khamis, Julai 23, 2009

MATAHARI MENANGISI PENDERHAKAAN PENDUDUK BUMI TERHADAP ALLAH

Mat Zain Mat Isa -Harakah daily

GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun.

Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.

Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.

Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.

Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.

Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:

"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.

Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".

Ketuk batang pokok

Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.

Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.

Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.

Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.

Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.

Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.

Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.

Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.

Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin