Khamis, Julai 30, 2009

BEKAS IMAM MASJID NEGARA MENIGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Ahmad Shahrir Daud meninggal dunia semalam dan selamat dikebumikan di Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Aishah Alkharib Shah berkata allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.30 petang semalam di Kubang Kerian akibat barah usus.

Ahmad Shahrir pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Jakim."Seluruh warga Jakim mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat," kata Aishah. - Bernama

Tiada ulasan: