< Ustazah Yusnita Jalius
Apabila hampirnya hari peperiksaan UPSRA dan UPKK bagi sekolah-sekolah Rendah Agama di Wilayah Persekutuan maka sibuklah para guru mengadakan pelbagai aktiviti yang berbentuk motivasi dan seminar kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan demi ingin melihat anak didik mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.
Bagi memacu kejayaan pelajar,SRA Bandar Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kemerlangan tersebut.melalui ilham Setiausaha peperiksaan Sekolah Ustazah Yusnita bt Jalius sekolah telah menganjurkan program GERAK KHAS THE EXAM 2009 pada 12 dan 13 september yang lalu dengan melibatkan semua pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSRA dan UPKK dalam bulan oktober nanti.
Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak termasuk guru,ibu-bapa dan pihak surau hidayatul Islamiyah Bdar Tun Razak program telah dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Diantara pengisian program tersebut ialah latihan dalam kumpulan,latih tubi ,hafazan, kuiz dan perbincangan kelompok pada pelajaran –pelajaran yang dianggap kritikal yang sukar dikuasai pelajar seperti pelajaran tajwid,sirah dan bahasa arab.disamping program bacaan yasin ,mohon restu guru dan ibu bapa serta munajat pada malamnya.
Adalah sangat diharapkan atas usaha murni yang dilaksanakan oleh para guru dalam usaha meningkatkan kemerlangan pelajar dan sekolah ini mendapat rahmat dari allah serta diberikan kejayaan amin ya robbal alamin.
Kearah melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa
Ahad, Oktober 11, 2009
Khamis, Julai 30, 2009
BEKAS IMAM MASJID NEGARA MENIGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR: Bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Ahmad Shahrir Daud meninggal dunia semalam dan selamat dikebumikan di Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Aishah Alkharib Shah berkata allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.30 petang semalam di Kubang Kerian akibat barah usus.
Ahmad Shahrir pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Jakim."Seluruh warga Jakim mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat," kata Aishah. - Bernama

Ahad, Julai 26, 2009
ADAB-ADAB BELAJAR
Adab adalah kesopanan, tingkah laku yang pantas dan baik , kehalusan budi bahasa, tata susila, dan sopan santun . Bentuk jamaknya adalah al-adab. Kata ini sudah dikenal sebelum datangnya Islam, kira-kira 150 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sejak zaman itu pengertian adab telah mengalami perkembangan.
Pada masa permulaan Islam kata adab selain berarti akhlak yang baik, juga berarti pengajaran dan pendidikan yang baik seperti terlihat dalam ungkapan Nabi SAW : “ Addabani rabbi fa ahsana ta’dibi “ ( Tuhanku telah mendidiku dengan sebaik-baiknya pendidikan).
Adab itu mempunyai dua tingkatan :
(1) adab khidmah, yaitu fana dari memandang ibadahnya dan memandang ibadah yang diperbuatnya hanya semata dengan izin dan anugerah Allah SWT kepadanya.
(2) Adab ahli hadrat al-uluhiyyah bagi ahli qurb (orang-orang yang dekat dengan Tuhan), yaitu adab yang mereka lakukan adalah mengikuti adab Rasulullah SAW zahir dan batin.
Adab Belajar
1. Niat belajar untuk mencari keredhaan Allah
2. Membaca doa ketika hendak memulakan pembelajaran
3.Berikan penuh perhatian, tumpuan, dan tidak main-main semasa belajar
4. Tidak membuat bising semasa guru mengajar
5. Fokuskan dan tumpukan pendengaran dan penglihatan pada pelajaran
6. Mengulang-ulang pelajaran yang telah diajar dan diterangkan oleh guru
7. Selalu menyiapkan tugas atau kerja rumah (home work) yang diberikan oleh guru
8. Bertanya kepada guru jika ada perkara yang tidak difahami.

Khamis, Julai 23, 2009
MATAHARI MENANGISI PENDERHAKAAN PENDUDUK BUMI TERHADAP ALLAH
Mat Zain Mat Isa -Harakah daily
GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun.
Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.
Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.
Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.
Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.
Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:
"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.
"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."
Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.
Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".
Ketuk batang pokok
Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.
Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.
Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.
Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.
Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.
Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.
Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.
Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.
Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.
Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin

Rabu, Julai 15, 2009
ORGANISASI SRABTR 2009
GURU BESAR
US. MOHD SHUHAIMI BIN SOIB
PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN)
USTZ.ZAINI BT WAHAB
PENOLONG KANAN II (HEM)
USTZ.HANIZA BT AHMAD
SETIAUSAHA GURU
USTZ.ROSMAWATI BT RAMLI
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
USTZ.YUSNITA BT JALIUS
PEMBANTU TADBIR
NOR’ADILA BT HJ ABD MURAT
GURU –GURU
US.MOHAMMAD YUSUF B JAAFAR
US.WAN MOHD IZANI B WAN HASSAN
USTZ.RUZINA ANITA BT HARUN
USTZ.ROSLIZA BT AB RAHMAN
USTZ.SITI SAHARA BT ISMAIL
USTZ. NORHAFIZAH BT IBRAHIM
USTZ.HANIPAH BT SURIP
PEMBANTU AM
HJ MUHAMMAD B HJ OTHMAN
“BERILMU BERIMAN BERAMAL DAN BERTAQWA”
Ustazah Zaini Wahab Ustazah Haniza Ahmad
Ustazah Rosmawati Ramli Ustazah Ruzina Anita Harun
Ustaz Wan Mohd Izani Ustaz Mohammad Yusuf
Sabtu, Julai 11, 2009
HARI TERBUKA SEKOLAH
Khamis 9 Julai 2009 sekolah telah mengadakan hari terbuka sekolah bermula seawal jam 8.00 pagi,tujuan sekolah mengadakan hari terbuka ini adalah untuk memberi peluang kepada ibu-bapa bertemu dengan guru-guru yang mengajar anak mereka bagi mengetahui tentang kemajuan dan sikap anak mereka disekolah ini, serta mengambil kad kemajuan prestasi pelajar dalam peperiksaan penggal pertama yang lalu.
Alhamdulillah hampr 85%ibu-bapa telah sudi meluangkan masa untuk bertemu guru untuk tujuan tersebut .Pada hari itu juga ibu-bapa diminta menjelaskan yuran yang masih tertunggak pada penggal lepas iaitu dari bulan januari hingga jun 2009 sebelum mereka mendapatkan kad kemajuan anak-anak mereka .Program tersebut ditamatkan pada jam 5.15 petang

SEKADAR RENUNGAN
Salam perjuangan...Sedikit perkongsian bagaimana hati mu yang sentiasa ingin mendekati kasih Ku..
1. Mempunyai rasa suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan...Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi....Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Hadis riwayat Ubadah bin Shamit ra.: Bahwa Nabi saw. bersabda: "Barang siapa menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya, dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya" [Sahih Muslim : 4844 ]"Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah ,ikutilah aku ,niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ".( Q.S; Ali-Imran : 31 )
2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: ? mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri?.
3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.
4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ?
5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.
6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: ?Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah?.
7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: ?Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka?. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.
8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu betentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: ?Hud telah memutihkan kepalaku? . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud? ?Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud?.Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.Saudaraku? adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Isnin 18 Mei 2009 pihak sekolah telah mengnjurkan Program sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh guru besar Us.Mohd Shuhaimi dalam ucapanya beliau mengaharapkan agar semua guru sentiasa besabar dalam menjalankan tugas sebagai pendidik,beliau juga menyarankan agar semua guru mendalami ilmu pendidikan berdasarkan suasana semasa supaya guru dapat menyampaikan pengajaran dengan baik dan berkesan.
Pada majlis itu juga pihak sekolah mengadakan sukaneka melibatkan semua guru serta murid disamping itu juga murid mengadakan pelbagai persembahan berkisarkan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.Antara acara yang diakan seperti persembahan nasyid,puisi,lakunan serta sukaneka dan pada akhir program semua pelajar mengucapkan perhargaaan terima kasih atas jasa guru terhadap mereka dengan bersalaman dengan semua guru dan memberi cederahati sebagai tanda penghargaan kepada guru yang mereka minati.
Jumaat, Julai 10, 2009
EHTIFAL PERINGKAT SEKOLAH
Pada tanggal 16 April yang lalu pihak sekolah melalui biro aktitiviti dan ko-kurikulum sekolah yang di pengerusikan oleh ustazah Rosmawati bt Ramli telah ganjurkan program mini ehtifal peringkat sekolah.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mecungkil bakat-bakat terpendam yang ada dikalangan pelajar untuk diketengahkah bagi memilih wakil pelajar dalam ehtifal peringkat zon.
Antara acara yang dipertandingkan ialah azan,khutbah,bercerita,syarahan,tilawah al-quran,hafazan penulisan seni khat dan nasyid.
Mereka yang menjadi johan dalam pertandingan ini secara tidak langsung akan dipilih mewakili sekolah pada peringkat Zon Cheras nanti.

Sabtu, Jun 27, 2009
SEJARAH PENUBUHAN SRA BANDAR TUN RAZAK
SRA Bandar Tun Razak adalah bermula dari kelas Fardhu Ain yang diasaskan oleh Ahli jawatankuasa surau Hidayatul Islamiah Bandar Tun Razak Cheras dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Bandar Tun Razak pada tahun 1982 dengan mejalankan operasinya dibangunan surau tersebut dengan tujuan untuk memberi pendidikan Fardhu ain kepada kanak-kanak disekitarnya .
Dengan kesungguhan dan daya usaha AJK surau dan penduduk pada tahun 1984 kelas fardhu ain ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Rendah Agama Rakyat Bandar Tun Razak,namun masih menggunakan bangunan surau yang juga berada dibawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Setelah beroperasi sambutan amat mengalakkan pelajar semakin bertambah dari masa kesemasa,bagi menjamin keselesaan pelajar pihak AJK surau yang juga sebahagian besarnya adalah jawatankuasa sekolah yang di pengerusikan oleh Tuan Hj Othman bin Zakaria PJK telah berusaha bagi mengujudkan bangunan sekolah yang lebih selesa.
Pada tahun 1984 maka terbinalah satu blok bangunan sekolah dua tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah dengan jumlah pelajar seramai 670 orang.

Langgan:
Catatan (Atom)